☜♥☞ Kαu isтiмewα ☜♥☞

04.12 ---
Tanpa sedar telah terlalu banyak butir-butir kenangan yang terhimpun dan kita karang dengan benang emas bercantum dalam untaian mesra. Tanpa sedar kita perlu melafazkan salam perpisahan dalam senyum santun melepaskan segala rajut kenangan tersirat dalam citrawarna aneka seindahnya. Berhentilah sejenak untuk merenung sebelum kauucapkan sekian kalinya selamat tinggal bilik kuliah selamat tinggal kolej kediaman selamat tinggal padang permainan selamat tinggal rakan taulan. Ingatlah di sini suatu ketika kita bina sebuah taman inderaloka penuh gegar ketawa senyum canda sesekali digugat hiba menangisi luka dan kitapun menjadi dewasa seadanya. Barangkali selepas ini kita lebih mandiri tanpa melepaskan ikatan haluan diri selamat tinggal kafetaria selamat tinggal panggung percubaan selamat tinggal beban tugasan selamat tinggal pengajaran mikro selamat tinggal Bukit Ekspo selamat tinggal resah dan risau selamat tinggal kampus hijau. Pasti membekas di laman nurani setiap detik setiap lafaz begitu begini intailah wajah-wajah yang sering hadir tatkala perpisahan semakin hampir. Runduklah dan hening diri seketika mengingati masa lalu dan meramal hari muka dalam palitan citrawarna aneka sebelum melangkah ke ruang terbuka.

0 komentar:

Posting Komentar