☜♥☞ iиpιяσsi ☜♥☞

20.27 ---
Berikut adalah Kata - kata inspirasi kehidupan, cinta, dan lainnya, yang saya ambil dari berbagai sumber silahkan di share mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua. _♥Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu. _♥Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan _♥Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. _♥Berita tidak selalu sama dengan kenyataan. _♥Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius _♥Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air. _♥Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. _♥Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur _♥Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. _♥Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. _♥Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu ~Pepatah Arab Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze _♥Awal mula pohon ialah benih. _♥Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya. _♥Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa. _♥Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. _♥Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. _♥Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. _♥Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat. _♥Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. _♥Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. _♥Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. _♥Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. _♥Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. _♥Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya _♥Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. _♥Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam. _♥Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. _♥Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson _♥Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh. _♥Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan. _♥Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati… _♥Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup _♥Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman. Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk. _♥Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi _♥Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya. _♥Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini. _♥Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya. _♥Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara _♥Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa. _♥Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche) _♥Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. _♥Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair. _♥Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang. _♥Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan. _♥Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga _♥Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius _♥Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia _♥Orang yang berkhianat selalu terhina. _♥Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson _♥Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J _♥Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

0 komentar:

Posting Komentar